PENGENALAN BAS KITē
Cas Ligas Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada Ogos 2007 masih meneruskan peranannya dalam menyediakan perkhidmatan BAS KITē yang berkonsepkan pelancongan bagi memudahkan para pelancong domestik dan luar negara berkunjung ketempat-tempat menarik dan menikmati keindahan Bandaraya Persisir Air.
Cas Ligas Sdn. Bhd. menyediakan rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam berkonsepkan pelancongan di Negeri Terengganu, sekaligus dapat merancakkan lagi sektor pelancongan sebagai sumber kedua pendapatan ekonomi Negeri Terengganu. Pada tahun 2018, perkhidmatan BAS KITē beroperasi di tiga laluan iaitu:-
- Laluan C01 – Masjid Terapung (22KM)
- Laluan C02 – Masjid Kristal (27KM)
- Laluan K1 – Kuala Kemaman (26KM)
Perkhidmatan lain yang disediakan termasuklah sewa khas BAS KITē khusus kepada jabatan kerajaan, syarikat swasta dan para pelajar sekolah di samping menyediakan ruang iklan untuk disewa.
RANGKAIAN BAS KITē
- Rupa bentuk fizikal bas adalah mengekalkan warisan dan ciri-ciri budaya masyarakat pantai timur, berukuran panjang 12 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 3.0 meter yang mampu untuk membawa seramai 34 orang penumpang perjalanan sehala.
- Bas dilengkapi dengan alat penghawa dingin bagi keselesaan penumpang serta dilengkapi dengan mesin tiket elektronik untuk memudahkan pembayaran tambang bas.
- Laluan C01 A Masjid Terapung
- bermula dari Terminal Bas MBKT, Rumah Persatuan Sejarah, Shahbandar, Hotel Grand Continental, Hotel Tanjong Vista, Sumai Suite Hotel/ Hotel Primula, Pantai Batu Buruk, Permai Hotel, Kuala Ibai, Masjid Terapung, Noor Arfa Craft Complex, Kraftangan Malaysia, UITM Chendering, Flat Desa Keluarga K.T, Simpang empat Chendering, Kuala Ibai, Permi Hotel, Pantai Batu Buruk, Hospital, Bulatan Ladang, Hotel Tanjong Vista, Hotel Grand Continental, Shahbandar, Pasar Payang, Jalan Banggol, PB Sentral, PB Square dan berakhir di Terminal Bas MBKT.
- Laluan C01 B Masjid Terapung.
- bermula dari Terminal Bas MBKT, Balai Polis KT, Jalan Sultan Omar, Gerai Kuih Gong Kapas, Perkampungan Songket Gong Tok Nasek, Pusat Sains Kreativiti Terengganu, Kampung Bukit, Bulatan Puspakom, Kraftangan Malaysia, Noor Arfa, Kraftangan Malaysia, Bulatan Puspakom, Kampung Bukit, Pusat Sains Kreativiti Terengganu, Perkampungan Songket Gong Tok Nasek, Gerai Kuih Gong Kapas, Jalan Sultan Omar, Balai Polis KT, Terminal Bas MBKT.
- Laluan C02 Masjid Kristal
- bermula dari TerminalBas MBKT, Rumah Persatuan Sejarah, Shahbandar, Hotel Grand Continental, Hotel Tanjong Vista, Bulatan Batu Bersurat, Makam Diraja Bukit Keledang, Hotel Felda Residence, Muzium Negeri Terengganu, Masjid Kristal / TTI, Rumah Haji su Losong, Hote Felda Residence, Hotel Seri Malaysia, Pulau Warisan dan Terminal Bas MBKT.
- Laluan K1 Kemaman
- bermula dari Stesen bas lama Kemaman, Tunas Manja, Stesen Bas Ekspress Geliga, Smk Geliga, Klinik kesihatan Kuala Kemaman, Pondok polis Kuala Kemaman, Dataran Kuala Kemaman, Dewan Sivik Geliga, Klinik kesihatan Kuala Kemaman, Smk Geliga, Perhentian Bas Geliga, Masjid Kg Paya Berenjut, Perhatian Bas Kg Mak Lagam, Perhentian Bas Kg Mak Lagam, Kilang Tamura Kg Fikri, Bank Islam Cukai Utama, Hospital Kemaman, IPD Daerah Kemaman, MPK/ PDT Kemaman, Wisma Persekutuan/ Klinik, Padang Astaka/ Pustaka Awam, Pejabat Parliament Kemaman, Pejabat Tabung Haji/ Pasar Besar, Stesen Bas Lama Kemaman.
Kadar tambang yang dikenakan antara RM1.00 hingga RM5.00 bagi Laluan C01 dan Laluan C02 manakala Laluan K1 – Percuma.